welcome to my world

Tuesday, June 14, 2011

Telur Dadar Makcik Kantin

  Dulu masa aku kat Sekolah Teknik Kangar Perlis..Hari-hari aku akan makan kat kantin sekolah tue..Sebabnya telur dadar dia yang tebal giler dan sedap..Sedap sebab aku memang suka makan telur dadar pun..Kalau makan nasik kat umah jer,mesti nak kena ada telur dadar..Huhuhu..
  Dah lama aku mencari dan tercari-cari resepi telur dadar tebal macam kat kantin sekolah tue..Akhirnya dapat jugak aku resepi makcik nie..Memang aku da search kat internet nie..Macam-macam aku taip..Lastly,dapat jugak resepi dan bila aku test wat kat umah..memang tebal dan macam yang aku nak tue..Best-best..
  Bagi penggemar telur dadar macam aku nie,nie aku nak kongsi sama-sama resepinya...



Bahan-bahan:
  • 6 biji telur 
  • 2 cb hampas kelapa @ kelapa parut
  • 3 cb tepung beras
  • 2 batang daun bawang
  • 2 biji bawang besar ( ikut suka)
  • 2 biji cili besar ( dihiris nipis )
  • 1 st garam
Cara-cara:
  • Campur semua bahan kat atas tue dan pukul bahan-bahan tue..(jangan sampai berbuih)
  • Panaskan minyak,agak-agak la banyak mana nak letak.
  • Bila da panas,tuangkan telur.Pakai api sederhana jer..Kang hangus plak..
  • Lagi bagus kalo tutup kuali tue..Ingat,api slow jer ok..
  • Alah,macam la xpandai goreng telur..Huhuhuhuhu....
Nota kaki:Mesti korang tanya kan macam mana nak alihkan kalau telur tue tebal..Sebab tue la pakai api slow dan penutup kuali..Kalau tak nak balikkan boleh jugak siram-siramkan atas telur tue dengan minyak panas..Kalau nak alihkan jugak telur,pandai-pandai la taw..Jangan sampai hancur pulak..Huhuhuhu..

3 comments:

  1. ok...nnt awk mskkn utk sy ye...heheheh~

    ReplyDelete
  2. Lalalalalala...orait boleh2....sedapnye..nyum2...jemput datang...^_^

    ReplyDelete