welcome to my world

Thursday, June 23, 2011

Mempelam Harum Manis

Okesss u ollzz..hahaha..Sape yang tak pernah makan dan merasai kelazatan,kemanisan dan keharuman buah mempelam harum manis nie,memang la tersangat rugi...Harum manis nie cuma ditanam kat negeri kelahiran aku jer..Perlis Indera Kayangan!!!
 
Abah aku ada tanam sebatang pokok harum manis nie..Balik kampung bulan 5 ari tue,mak aihhhhh!!!!!!!!Berbuah lebatnya sampai aku tataw mana satu daun,mana satu buah...hahahaha (kecoh jer kan..lalalalala)...Buah dia yang besar-besar memang mengghairahkan aku..Nak pulak bila aku kupas kulit dia..Perghhh..manisnye bau..Huhuhu..Nak makan tak boleh,sebab abah lupa balut..Dah buruk isi dia..Huhuhu

harum manis muda


Balik ke Putrajaya,suami aku bawak balik sekotak buah harum manis..Orang bagi...Dalam tue ada 9 biji harum manis..Tapi besar-besar..Aku kupas sebijik,dah la ranum bertambah-tambah la kuar haruman manisnye...Aummmm!!tak sabarnye nak masukkan lam mulut...Then,perlahan-lahan,aku masukkan hirisan buah dalam mulut aku..(supaya tak nampak rakus,padahal memang aku aummm sekali jer.hohohoho...)Pas tue mata aku dah berair,SEDAPNYE!!!dah lama tak makan...bila dapat makan yang sedap...nangis la wehhhh..sedap sangat...



Buah harum manis nie cuma setahun sekali jer berbuah..Harga sekilo RM 9-15..Bergantung pada size buah..Kadang-kadang dua biji dah sampai sekilo..Kalau kat Jepun,buah ni rm35 sekilo..Nasib baik kita dok Malaysia..Ahahahaa..Statement bangang la plak..Huhuhu

Selalunya orang Perlis makan buah nie dengan pulut..Sedap la..Aku cakap kat En.Hasben,try makan dengan pulut..Tapi dia tak nak sebab tak penah makan..Rugi-rugi...Sedap taw..


Wednesday, June 22, 2011

Kisah Salah Faham

Pernah tak korang nak barang tapi pekedai tue salah faham dengan apa yang korang nak??Hehehe..Aku ada cite lucu (bagi aku lar..hoh!!) yang pernah terjadi..Bulan lepas,aku balik kampung kat Kuala Perlis..Abah aku nak makan laksa ( tak abis-abis cita pasal laksa ),jadi aku,adik dan jugak kakak aku pegi la pasar nak membeli bahan-bahan wat laksa..

Siap cari bahan-bahan basah,kami ke kedai sebelah nak cari laksa kering pulak..Nie dialog apa yang terjadi..

Aku                : Assalamualaikum makcik..laksa ada??

Makcik Kedai : Waalaikumsalam..ada!nak berapa?

Aku                : Makcik,laksa halus ada??

Makcik Kedai : Ada..yang besaq ada yang halus ada..

Sambil bercakap tue makcik tue amik bagi sebungkus laksa kecik dan sebungkus laksa besar kat tangan aku..
Makcik Kedai : Anak nak yang mana??

Aku                : Saya nak dua-dua ya makcik..

Makcik tue pun dengan cepat amik lagi satu laksa halus dan laksa besar
Aku                : Eh makcik,awat makcik bagi saya lagi dua nie??Nie saya da amik ni..

Makcik Kedai : Laaaa..tadikan anak kata nak dua-dua..Makcik amik la lagi dua..

Aku                : Makcik,maksud saya...Satu laksa halus dan satu laksa besar..

Makcik Kedai : Owh..bukan anak nak dua laksa halus dan dua laksa besar??

Aku                : Kalau macam tue dah jadi empat dah makcik..

Makcik Kedai : Isy...anak nie asal mana??

Aku                : Asal orang sini la..awat??

Makcik Kedai : Saja tanya..

Balik tue,aku tanya abah aku persoalan yang bermain-main difikiran aku..Then abah aku cakap,aku dan makcik tue dua-dua tak salah..cuma salah faham jer..Ye la..Lain orang lain pemahamannya..Huhuhuhu
Nasib baik la makcik tue tak mengamuk..


Cinta Lama Haruskah Diingati @ Biarkan Mati??

“Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur”
- Saidina Umar Ibnul Khattab – 



Bagi aku,setiap orang ada tafsiran masing-masing pasal cinta..Tapi kalau boleh,biarla cinta lama terus dilupakan..Jangan diingat-ingat..Kalau kita ingat,hati kita sendiri yang akan terluka..Sebab bila kita asyik ingat kenangan lama,secara tak langsung,kenangan lama kita pon akan terusik..

Andai kata kita ada kehidupan baru,dengan boyfriend baru,tunang atau suami/isteri,sanggup ke kita lukakan hati dan perasaan diorang semata-mata kerana melayan perkara yang lepas?? 

Bagi yang dah berkahwin,tingkah laku kita sebagai suami/isteri boleh dihidu dan dirasai oleh diaorang..Sebabnya??Aku pon susah nak cakap benda-benda macam nie,tapi bagi orang yang berkahwin,atau pon dah lama bercinta,dorang dapat rasakan perubahan pada pasangan dorang...



Dari aku,jangan dikenang perkara yang lepas..Biarkan ianya berlalu..Cinta yang lepas,biarkan lepas.. 

Myvi Elegance Look Like.. ^_^

Myvi Elegance..
Nak kongsi serba sedikit la pasal Myvi baru nie..Huhuhu...

pandangan sisi





  • Kesemua model terbaru Myvi 2011 dilengkapi enjin 1.3 liter, di mana enjin 1.0 liter telah digugurkan dari senarai.
  • Perodua Myvi Elegance merupakan varian dengan spesifikasi paling tinggi berbanding dua varian lain iaitu Premium dan Standard. 
  •  Ukur panjang Myvi baru ini 3765mm, lebar 1665mm dan tinggi 1545mm..
  • Jarak titik rodanya pula sepanjang 2440mm.
  • Berat kering (kerb weight) Myvi Elegance bagi versi SXE (manual) ialah 975kg manakala versi EZE (automatik) ialah 985kg, perbezaan sebanyak 10kg.
  • Antara yang terbaru pada Myvi Elegance ini merupakan pemasangan lapisan penebat haba (tinted film) untuk semua cermin. Menurut Perodua, ianya memberikan perlindungan dari sinar Infra Red, Visible Light (VL) dan Ultra Violet (UV) dengan berkesan, di samping memberikan lebih perlindungan dan suasana di dalam kabin lebih nyaman.
  •  Antara ciri-ciri lain di bahagian luaran Perodua Myvi Elegance seperti pemegang pintu di bahagian luar dengan warna krom, spoiler belakang bergaya, kombinasi lampu belakang menarik dengan rekaan baru, skirting depan, tepi dan belakang, ‘side door moulding’ di sisi pintu..
  • tiang pillar diwarnakan hitam untuk gaya lebih sporty. Tidak dilupakan rim aloi bersaiz 14 inci disaluti tayar dari siri 175/65 R14.
HARGA PERODUA MYVI ELEGANCE

1) Perodua Myvi Elegance SXE (M) Solid – RM53,900.00
2) Perodua Myvi Elegance SXE (M) Metalik – RM54,400.00
3) Perodua Myvi Elegance EZE (A) Solid – RM56,900.00
4) Perodua Myvi Elegance EZE (A) Metalik – RM57,400.00

tunggu apa lagi..tempah la sekarang...wuhuhuhuhu..

nota kaki:kalau aku,aku cari keta yang bonet luas..senang nak angkut barang balik kampung..

    Roti Canai Sedap Sungai Besi

    Masa aku demam minggu lepas,tekak aku nie nak sangat makan roti canai..Aku mintak En.Hasben belikan roti canai dekat Putrajaya di Ali Bistro..Sebab first time aku makan,rasa dia sedap walaupon tak sedap sangat..Hohohoho..Then bila En.Hasben bawak balik,memang aku ludah balik..Rasa kuah yang  terlalu manis..Macam cicah air gula pulak..Huhuhuhu..Potong selera mak nak oiii!!

    Pas tue,aku mesej adik aku,cakap nak makan roti canai sedap..Pas tue adik aku cakap,''hah...Yang kat Pasar Sungai Besi tue sedap..Yang dulu ang penah beli kat kami tue.." Yess..baru aku teringat,last aku makan taun 2008..3 tahun tue aku tak makan..mintak-mintak la still ada lagi roti canai tue..

    Pagi-pagi lagi aku dah pegi ngan En.Hasben..Masuk je pasar,terus pegi kat tempat roti canai tue,aku pesan 10 keping roti canai..5 keping untuk aku dan 5 keping untuk abang dan adik aku..Huhuhuhu..
    Rasa dia memang yang terbaik setakat nie..


    Harga dia pulak dah naik 20 sen...Dulu 60 sen skarang dah jadi 90 sen..wuhuhuhuhu...

    Kat KL nie,memang situ jer paling sedap..Kena la dengan selera aku..Bukan jer roti dia lembut,kuah pon memang sedap dan terbaik..Yang penting,orang yang uli dan tebar tue Melayu..Hohohoho..Susah nak cari orang melayu yang pandai wat roti canai sedap..



    Kalau sesiapa yang nak makan roti canai sedap,kat situ la aku syorkan..kalau pegi lambat,beratur la jawabnye...Dulu aku penah pegi lambat,kena tunggu sampai setengah jam..Bayangkan la..Huhuhu..

    Cari kat sini eyh..
    Dalam Pasar Besar
    Pasar Besar Pekan Sungai Besi
    57000 Sungai Besi..
    Kuala Lumpur..

    Nasik Ayam Claypot..

    Tetiba rasa tingin nak makan nie..Nasik Ayam Claypot..Cari-cari resepi kat internet yang serba canggih nie,aku terjumpa resepi nasik ayam claypot yang dipercayai sedap untuk orang-orang yang tingin nak makan nie dan nak mencuba untuk masak kat umah...

    Nie aku kongsikan bersama-sama okey..
     Bahan-bahan:
    • 1 cawan beras
    • 1 1/2 air rebusan ayam
    • 500gm ayam (potong kecik jer)
    • 1 sudu besar lada hitam (tumbuk)
    • 1 sudu besar kicap pekat
    • 5 atau lebih kuntum cendawan butang- (rendam hingga kembang dgn air panas)
    • 2 sudu besar sos tiram
    • 1 sudu besar kicap pekat manis
    •  Minyak untuk menumis & 1 sudu besar tepung jagung (bancuh dgn sedikit air )
    • 2cm halia & 2 ulas garlic (tumbuk)
    • Sedikit hirisan daun sup & daun bawang, bawang goreng 
    • sedikit minyak bijan 
    Cara-cara:

    Untuk ayam
    1. Perap ayam dengan bawang putih, halia, kicap pekat & manis, sos tiram, lada hitam dan cendawan.
    2. Panaskan minyak dan tumis ayam yg diperap hingga masak dan tuang air bancuhan tepung jagung.
    3. Setelah pekat, perisakan dengan garam, ketepikan. 
    Untuk Nasi
    1. Panaskan claypot 
    2. Masukkan beras dan air rebusan ayam, biarkan nasi masak. 
    3. Pastu perlahan kan api dan tuangkan ayam tadi kat atas nasi dan taburkan smua daun, bawang goreng dan percikkan minyak bijan.. 


    Tuesday, June 21, 2011

    Sekinchan Ikan Bakar

    Hoho..Ari tue g makan kat sekinchan ikan bakar kat kajang tue...masa tue g makan masa tengahari..ramainye orang yang makan kat situ..well dah tingin sangat nak makan ikan bakar.kami pon g konon nak try la jugak makanan kat sekinchan ikan bakar tue..

    Menu yang kami pilih:
    2 pinggan nasi putih
    Sekor ikan talapia bakar (besar tapak tangan laki aku)
    Kerang
    2 gelas teh o ais limau
    Menu yg diorder tue,smpai sekali dengan 3 jenis sambal belacan dan sepinggan ulam-ulaman..

    Dalam 25 minit pas tue,menu yang kami order pon sampai..Memang nampak sedap sangat,makan punya makan,time bayar..Hasben aku bagi resit dan bila aku tengok total semua sekali rm54..Perghhh..memang la aku terkejut tengok...

     Kerang rm5 segram..yang pasti aku bayar harga kerang rm22
    Ikan talapia bakar rm28..yang lain tue harga air la kot...Ape yang mahal sangat??

    rasa macam tak berbaloi,aku g tanya cashier tue,kat sini harga talapia rm5 segram.tapi nape bila bayar caj rm7 segram??
    Pas tue mamat tue cakap,memang harga dia rm7 segram same dengan harga ikan kerapu...Haish..malas la aku nak bertekak..TALAPIA sama harga KERAPU??? 

    Coish...menipu jer..Tak pelah..disebabkan aku dah makan n nanti jadi darah daging aku,aku pon redha..Tapi memang tue la pertama n terakhir aku makan kat sana...

    Ikan Bakar Hulu Langat Yang Best

    Entry aku memang pasal makan jer...Huhuhu..Okess..Tempat nie memang feveret aku sekeluarga...Dulu selalu tercari-cari tempat ikan bakar air tawar yang paling sedap..Memang aku cari ikan air tawar jer pasal aku tak makan ikan air masin..Hehehehe..

    Satu hari,aku ade tanya pada bapa sedara En.Hasben ade tak tempat makan yang macam aku nak tue...Then dia soh aku try g kat Teratak Ikan Bakar Sri Murni Hulu Langat..Satu hari tue,aku g dengan adik beradik aku makan sana...

    Macam-macam menu ikan air tawar yang diorang sediakan..Ikan keli,ikan patin..Macam-macam la..Selain menu ikan bakar,goreng-goreng pon ade jugak...

    Menu yang kami pilih:
    Nasi puteh ( 4 orang makan )
    2 ekor ikan talapia besar giler ( lebih 1 kg sekor )
    1 pinggan kangkung goreng belacan ( 3 org makan )
    1 mangkuk tomyam campur ( 2 orang makan )
    1 pinggan  udang goreng cili padi ( 2 orang makan )
    telur dadar ( 3 orang makan )
    2 gelas teh o ais limau
    2 gelas jus oren

    Setiap order ikan bakar disertakan dengan 1 mangkuk sambal belacan dan cili kicap yang memang best giler sambal belacan die...Hoohohohohoho...

    Bila sampai menu tue,kami semua makan dengan rakusnya sebab,dah la sekitar tue lampu ala-ala romantik gitu.Pas tue kita leh pilih nak makan dlam pondok atau pon nak makan bersila..Dorang ada sediakan tempat yang bagi aku agak selesa..Tapi lebih selesa kalau kucing-kucing kat situ tak datang ..Huhuhu..
    Bila time bayar,kami semua dah mencongak-congak berapa total yang kami perlu bayar..Semua bajet dalam rm100++ gitu..tapi bila da bayar..Jumlahnya cuma rm84 jer..Memang berbaloi dengan rasa dan semuanya lah..Nak letak pic makanan tak ade,lain kali kalau aku g lagi,aku akan upload pic ok..


    Restaurant Nasik Arab Saba Cyberjaya

    Rasa macam dah lama tak post entry baru kat sini..Kali ni aku nak berkongsi pulak pasal nasik arab yang terbest pernah aku mam..Nasik Arab nie dah lama aku dengar cite pasal keenakan dia..tapi disebabkan tak ada masa,aku blum berkesempatan nak menjamah..

    Tapi,kalau dah rezeki tue tak kemana kan..Baru-baru nie (yang tak berapa baru sangat),mak mentua aku kol jemput ke majlis makan-makan katanya kat Nasi Arab Saba..Hehehe..Aku memang hepi sangat..Kebetulan yang tak disangka..Huhuhu..

    Masa aku sampai sana ngan En.Hasben,abang ipar aku dah tunggu siap,takut kami sesat la kot..Huhuhu..Dah sampai meja sana,aku tengok banyaknye makanan..Ramai la jugak jemputan,semuanya family En.Hasben..
    Well,aku tengok menu yang atas meja tue,aku cuma makan nasik arab dengan grill chiken minum air lemon ais..Best-best sebab MEMANG SEDAP!!.





     Ermm..pada yang sesiapa yang nak makan nasik arab yang memang sedap sangat...Nie alamat Restoren Saba tue yer...

    SABA' RESTAURANT
    4800 SUITE, 0-2 GROUND FLOOR
    BLOCK A1, JALAN PERDANA
    CBD PERDANA CYBERJAYA
    TEL: 03-83202544
    Sekali cube teringat-ingat je..hehehe..Macam aku,dah ketagihan la pulak dengan nasi arab nie..Harga dia pon memang berbaloi-baloi...
    Yummy Yummy Yum..

    Saturday, June 18, 2011

    Tiket Percuma Harian Metro


    KUALA LUMPUR: Sebanyak 66,620 tiket percuma ke Taman Tema Air Bukit Merah Lake Town Resort menanti pembaca bertuah Harian Metro (HM) yang berjaya mengumpul keratan kepala akhbar ini bermula 13 Jun lalu sehingga 26 Jun ini.
    Tiket diberi sempena program Gempak Santai HM, boleh dituntut bermula 4 hingga 8 Julai depan di beberapa lokasi terpilih yang akan diumumkan dalam HM.

    Selain itu, pelbagai aktiviti menarik disediakan kepada pengunjung dan sebagai acara kemuncak program, mereka akan dihiburkan dengan persembahan artis popular pada konsert mini yang akan berlangsung pada malam 9 Julai.

    Ekekekeke.....aku sekarang tengah bersemangat kumpulkan kepala akhbar Metro semata-mata nak g Bukit Merah Lake Town Resort.Walaupon mampu nak beli (Hoh!!) tapi tingin jugak tiket percuma..Huhuhuhu..

    Kuah Laksa Penang Cara Aku

    Esok aku nak wat laksa penang..Wat sendiri la baru puas hati..Dulu aku penah makan laksa penang yang dimasak oleh Madiah Jaafar..Kawan politeknik merangkap housemate aku..Huhhuhu..Memang best laksa dia wat..So aku pon mintak resepi daripada dia..Dia cakap, "Resepi laksa???Takda la resepi,aku wat macam biasa jer...Pakai cili kering,bawang besar,asam keping,ikan,belacan.."..Okeylah,bila dia cakap macam tue,aku pon buat laksa ikut sedap aku jer janji bahan-bahan ada..Dan yang paling penting,sedap..!!

    Balik kampung ari tue,aku wat laksa,family aku cakap.. "Ermm,sejak dah kawen nie dah pandai wat laksa la ye??Da makin sedap"...Adik aku pulak cakap,'' Laksa yang mak dengan ang wat sedap..Dulu ang masak haram tak sedap!!"....Huhuhu..Padahal kalau aku masak laksa kat umah aku,yang makannye aku sorang je pun..En.hasben memang tak makan laksa..Satu family dia TAK SUKA makan laksa...But,whos care???Haahaha..Janji aku suka sudah..Lalalalala..

    Okey,nie aku nak kongsi resepi kuah laksa penang ikut sedap aku jer okey..hahaha

    Bahan-bahan:
    • 500g ikan sardin (pakai ikan lain pon boleh tp tak bapa sedap)
    • 20 biji cili kering *
    • 3 biji bawang besar *
    • 10 biji cili padi (tak nak letak pon tak pe) *
    • 6 keping asam keping
    • 1 ikat daun kesom
    • 2 batang bunga kantan (dibelah dua)
    • 1 inci belacan (tapi aku tak suka belacan,jadi tak letak pon) *
    • garam
    • ajinomoto
    Cara-cara:
    • Rebus ikan bersama asam keping.Jangan sampai hancur..agak-agak da masak leh tutup api..
    • Kisar bahan-bahan bertanda *
    • Asingkan isi ikan dan tulang,kisar isi ikan menggunakan air rebusan ikan tue..
    • Pas tue amik tulang ikan kisar pakai air rebusan,kalau air rebusan tak cukup boleh pakai air paip jer..
    • Pas kisar,jangan lupa tapis pulak..Kang tercekik tulang ikan sape nak jawab..
    • Masukkan bahan kisar yang bertanda * biar sampai menggelegak masukkan isi ikan dan jugak semua bahan yang dikisar tadi..Dan juga asam keping yang kita pakai masa rebus ikan,jangan buang pulak,masukkan dalam periuk..
    • Masukkan daun kesom dan bunga kantan..
    • Biar sampai mendidih,letak garam dan ajinomoto..
    • Siap ler kuah laksa tersebut..Hihihihih

      Nota kaki:Kuah laksa tue makin lama simpan makin sedap,selalu kalau kat umah..Esok nak makan,malam nie da wat da kuah laksa tue.. Tapi,kuah akan jadi makin pekat..So,tambah air dan skit garam kalo kurang masin..Pandai-pandai la...

      Friday, June 17, 2011

      Nak Cari Baby..


      Aku nak cari anak angkat...Huhuhu..kalau boleh nak amik melalui  mak dia bukan amik dari Jabatan Kebajikan Masyarakat..Kalau lah ade sesiapa yang rasa-rasa tak mahu baby atau pun kurang kemampuan,jangan buang pulak dalam sungai..Bagi aku eyh...Nak sangat-sangat baby...

      Kalau ada,boleh PM aku yer...
      Adios..^_^

      Im Not A Nyah Ok!!

      Wah gitu my entry kali nie an..Hehehehe..bukan me ok..Tapi tadi masa aku dok godek-godek fesbuk,aku terbaca pergaduhan antara golongan adik-adik nie dengan LELAKI SEJATI (katanye la..erkkk!!)..Well,aku memang tak mo campur hal gini sebab kebetulan golongan adik-adik yang bergaduh nie dua tiga pupu gitu dengan aku..Aku tak mo salah kan sesiapa atas pertukaran jantina dia...

      Masa sekolah dulu,nama dia Farid..Dia nie memang dari kecik-kecik lagi memang dah terserlah keayuaan dia..Dengan kulit putih gebu,cakap lemah lembut..Hormat orang tua gitu..Memang kalau dia jadi perempuan..Wah gitu..!!Berebut-rebut makcik-makcik nak wat dia menantu..Hihihihihi..

      Sekolah menengah pon dia satu sekolah dengan aku,pelajar terbaik lagi tiap-tiap taun..Tapi,yang silapnya dia,pernah dulu masa nak g sekolah,dia pakai baju kurung dan tudung..Memang berani mati la aku cakap kat korang..Sampai kat sekolah memang dia kena kaw-kaw dengan cikgu displin dan jugak ustazah..Siap ada perhimpunan tergempar lagi..Sebab kerana Farid!!!

      Lepas tue,bila aku masuk politeknik,aku dapat taw dari mak aku,Farid wat operate buah dada..Ermm..memang aku tak terkejut sebab dia memang nak jadi perempuan pon..Setaun pas 2,dia wat operate anu bawah pulak..yang nie memang aku terkejut sesangat la..Dah tue pulak,mak aku cakap dia koma dua minggu..Ya Allah...Takut sangat aku dengar..Ye lah,mana taw Allah jemput dia awal tanpa sempat bertaubat..Nauzubillah...

      Sekarang,dia dah sihat..Cantik,kaya dan berjaya..Jangan cakap apa yang dia tak ada..Baru-baru nie dia beli Honda Accord yang terbaru..Well,aku ucapkan tahniah la kan..Aku tak tau apa yang patut aku cakap bila orang tanya pendapat aku tentang golongan nyah nie..Sebab,aku tengok sesetengah nyah nie,memang dilahirkan dengan sifat-sifat perempuan..Tapi aku tak suka bila diorang sanggup buang anugerah Allah..

      Tapi siapalah aku untuk berkata-kata..Cuma aku doakan semoga mereka kembali ke pangkal jalan...Aku pon belum sesempurna mana..Tapi,aku arap,satu ari nanti Allah bagi hidayah kat aku untuk berubah kepada yang lebih baik..Insya Allah..

      Thursday, June 16, 2011

      5 Prinsip Rukun Negara



       


      Lima Prinsip Rukun Negara
      Harus Menjadi Cara Hidup Kita
      Bukan Sekadar Ikrar Sahaja
      Sekali Sekala Dibaca Semata
      Lima Prinsip Rukun Negara
      Telah Menjadi Teras Perpaduan
      Membentuk Satu Negara
      Tanpa Mengira Agama Dan Bangsa

      Chorus

      Amalkanlah Rukun Negara
      Dalam Hidup Harian Kita
      Tanpa Mengira Tua Muda
      Mengekalkan Warisan Kita
      Lima Prinsip Rukun Negara
      Telah Menjadi Teras Perpaduan
      Membentuk Satu Negara
      Tanpa Mengira Agama Dan Bangsa

      Lima Prinsip Rukun Negara

      Kepercayaan Kepada Tuhan
      Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara
      Keluhuran Perlembagaan
      Kedaulatan Undang Undang
      Kesopanan dan Kesusilaan

      Itulah Lima Prinsip Rukun Negara

      p/s:muzik dia comel jek..lagu nie ada gerak gaya dia skali taw..memang kiut..hahaha..meh aku ajarkan...^_^

      Ikan Pari Terbesar

      Aku selalu tengok national geography channel 551 kat Astro..Dulu dia ada tayang cite pasal sorang lelaki ni yang selalu pegi memancing kat serata dunia..Kat mana jer yang dia dengar ada ikan besar mesti dia akan g mancing..Satu hari tue dia g mancing dekat Sungai Mekong Thailand negara jiran kita nie..Kali nie dia nak tangkap ikan pari..
      Sungai nie,air tawar taw..Segala spesis yang hidup dalam sungai nie besar-besar belaka..Masa lelaki ni pegi pasar,dia sempat tunjukkan udang galah..Memang besar giler...Dah macam lobster dah aku tengok..
      Besok tue,dia g mancing..Pakai umpan ikan..Ikan apa tak pasti plak aku..Pas tue tak lama dia rasa macam ada ikan yang dah sentap pancing die,memang kuat giler sampai sampan yang dia naik tue pon sama-sama ikut ikan tue..6 jam pas tue baru dia berjaya naikkan ikan pari nie...

      Ikan pari nie betina..Masa diorang dah letakkan dalam jaring tue,dia terberanak 3 ekor anak pari..Bayangkan la,anak dia jer dah besar tudung saji umah aku..huhuhu...Sampai sekarang,saintis sendiri tataw kenapa ikan pari tue boleh membesar sampai macam tue sekali...


      lebar 2.1 meter berat nie 480 kg

      Dapat tangkap sekor.ntah berapa mulut boleh makan nie..aiyooo..Wat asam pedas melaka plak ann...Huhuhuhu

      Lobster Lobster...

      Teringinnye nak makan lobster nie..Hari tue masa jalan-jalan kat Selayang,tempat supplier seafood..Aku ternampak pelbagai spesis lobster..Paling murah  1kg rm158..Paling mahal kat kedai tue 1kg rm388..Nie semua lobster yang masih hidup..Berenang-renang kat dalam akurium  dengan penuh gaya..Besar-besar gitu..Ada yang kaler biru dan ada jugak yang kaler coklat..Lobster nie semua dia letak kat tempat yang paling tinggi dlam kedai tue..Maybe takut orang curi..Ada beratus ekor lak tue..

      lobster   
      Oleh sebab aku dah teringin sangat,aku mintak akak aku yang ada kat sarawak tue belikan udang galah..Sebab udang galah kat sana murah sikit..Akak aku beli bih kurang 2kg baru rm61..Besar-besar jugak..Ada yang sekor tue besar lengan aku..Makan sekor pon dah puas..Kalau kat semenanjung jangan harap la leh dapat harga macam tue..Huhuhuhu..


      Yang ni udang galahnye..Tapi kecik jugak nie pon..

      Termakan Otak Lembu..Yummy Yum Yum....^_^

      Nie kelakar nie kalau aku nak cerita pasal termakan otak lembu nie...Ada la suatu ari tue bih kurang sebulan dah kot peristiwa nie..En.hasben ajak aku lunch kat Kampung Baru..Dia cakap nak ajak aku makan kat tempat yang dulu dia penah makan dengan kawan dia kat sana..Makan nasik padang katanya..

      Orait la aku pon,sebab dia nak aku rasa satu masakan Indon yang sedap katanya..Sampai kat sana,kedai kecik jer tapi orang penuh..Aku pon duduk la kat meja makan..Then En,hasben yang amik lauk pauknye..Dia amik dua nasik putih,satu piring ayam kampung,sambal hijau dengan satu mangkuk benda alah yang aku tak pasti apakah itu..

      Benda tue macam usus katanya dari lembu..Warna putih..Bila aku makan rasanya macam telur yang dihancurkan pon ada,tauhu pon ada jugak..Tapi aku makan sket jer sebab aku tak pasti apa benda tue..Benda tue wat masak lemak cili padi..En.hasben makan sampai tak berbaki..Dia pon bila aku tanya apa benda tue,tak taw jugak..Hish..boleh gitu..huhuhuhu

      Semalam,aku search google nak cari resepi lemak lembu masak kunyit,tetibe terkeluar pulak resepi otak lembu masak lemak cili padi..Aku bukak tengok..Haaa,itulah benda yang aku makan..Ya ampuuuuunn!!terus aku nak termuntah sebab otak yang belom masak tue sebijik macam otak manusia...Huhhu..Tolonglah..

      En.Hasben balik keje aku gtaw yang benda alah yang dia suka makan tue adalah OTAK LEMBU..terus dia terjeluak..Nampak sangat benda nie kalau kita tataw takpe,,Boleh je akal kita terime..Tapi bila dah taw apa benda tue..Automatik otak hantar isyarat...Huhuhuhu...

      Nota kaki: Pas ni kalau nak makan apa pon,pastikan kita taw apa benda alah tue okey..

      Slot Samarinda : ANNISA

      Mesti korang penah tengok cite nikan??Annisa setiap Selasa hingga Khamis..Jam 10.30 malam..Mula macam tak minat..Tapi bila makin lama aku tengok makin best..Kisah kehidupan masyarakat Anna (Fiza Halim), Balkis (Rozita Che Wan), Shiela (Faradhiya) dan Sara (Aida Aris)..

      Cerita nie mengisahkan tentang Anna yang mengesyaki suaminya Farid (Zamarul Hisham) berkahwin lagi sorang disebabkan Anna disahkan mandul..Anna,Balkis,Shiela dan Sara nie share partner dalam sebuah syarikat yang dinamakan Annisa..Anna nie selalu mengadu kat Balkis setiap masalah rumah tangga dia..Sebenarnya,Anna langsung tak sangka yang Balkis tue sebenarnya madu dia..Yang si Shiela tue pulak dalam diam-diam dah songlap duit syarikat yang bernilai RM5 juta..Pas tue wat-wat tak tahu pulak..Hahahaha...Sara pulak dah letak jawatan sebab dia sakit.Tak pasti la sakit apa tapi macam siyes je sakitnye..Huhuhuhu

      Ni kalau aku nak cita panjang lebar kang lain pulak jadinya..Apa kata korang tengok sendiri cite ni..Memang best sangat....


      Nie gambar Balkis yang dah kawen dengan suami Anna(best fwen sendiri)

      Nota kaki:Nie antara cerita melayu yang best penah aku tengok..Skrip dan jalan cerita dibuat oleh Syarifah Abu Salem..Penulis novel yang femes tue..Itu yang cite nie best sangat..!!

      Sudoku Mencabar Minda...

      Sesuatu yang baru bagi aku sebenarnya..Btol-btol mencabar tahap kecerdasan minda nie..Dulu aku nak main sangat games Sudoku nie,tapi aku tataw macam mana nak mainkannye..So,bulan lepas,aku beli satu buku Sudoku yang dalam tue ada 150 games..Dari very easy,easy,normal,hard dan very hard..Tahap yang baru aku main ni baru hard..Tue pon terkial-kial memikirkan jawapan..Hahahaha..

      Aku dah tak main pakai buku,tapi main guna games kat handphone..Lebih mudah sket leh main sambil baring-baring..Hehehehe..

      Peraturan games nie tak boleh masukkan nombor yang sama dalam satu baris melintang,ke bawah dan jugak petak kecik..Kalau masukkan jugak,memang kena wat balik la..Huhuhu..Kena fikir betul-betul baru isikan..Kena ada strategi..Bukan boleh main hentam jer..Huhuhuhu..

      Ari-ari aku mesti main sudoku nie,sebab aku tak keje,dok umah jer..Jadi tak nak la otak lembab sangat,aku main games ni..Hehehe..En.hasben memang awal-awal lagi menyerah kalah..Dia cakap susah...Kalau kita tak mencuba memang terasa tekanan giler..Huhuhuhuhu..

      Nie contoh sudoku yang aku main..1 - 9 jer..



      Ada yang lagi master tue die campur sekali dengan ABC..memang susah dan pecah otak..Yang nie aku belum capai tahap macam nie agi..Huhuhuhu...



      So,kalau sape-sape yang ada strategi menarik,leh la kongsi-kongsi dengan aku ok...

      Roti Jala Pulak Laa...

      Semalam aku wat roti jala..Saje je nak try wat sebab dulu da penah wat tapi tak jadi..So,sebab da nak sangat try buat,tanpa berlengah lagi,aku pom kol en.hasben beli kan tepung dan jugak susu cair..Kali nie aku try resepi yang aku tengok kat youtube..Harap sangat resepi makcik ni menjadi..

      First time aku menjala roti nie,hahaha..langsung tak kuar bancuhan tepung tue..Hampeh la..rupanya pekat sangat..Then aku tambah skit air dan..Jadi dengan jayanye..Rasa pon boleh tahan dan tak mengecewakan kalo makan macam tue je..Okey,AKU BUKAN CHEF tapi aku nak berkongsi ilmu yang ada..Huhuhu...Tak mo tunggu lagi..Jom tinjau-tinjau apa yang patut..



      Bahan-bahan:

      • 1 cawan air
      • 1 cawan susu cair
      • 2 cawan tepung gandum
      • 2 biji telur size c
      • 1 cb planta
      • 1/2 st garam
      • pewarna kuning
      Cara-caranya:
      • Masukkan air,susu,telur,planta dan garam dalam blander dan bland sampai sebati..
      • Pas tue,baru masukkan tepung secawan dan bland lagi..
      • Kemudian baru masukkan lagi secawan dan bland smpai rasa dah sebati tuangkan dalam penapis..
      • Mesti tapis tau adunan tepung tue sebab tak nak ada tepung yang berketul yang boleh wat lubang acuan tersumbat..
      • Pas tue masukkan pewarna...Siap da adunan roti jala yang hebat nie..Hehehehehe
      • Amik la kuali leper tu,sapu minyak dan api slow je taw..
      • So,nak menjala nie kena mula dari luar masuk ke dalam..Baru la cantik..
      Kuah kari wat la sendiri...Macam wat kari biasa jugak cuma letak kentang yang di potong dadu..

      Wednesday, June 15, 2011

      Terliurnye Dengan Buah Amra..

      Huhuhu..Tetiba terkenang-kenang kelazatan dan kemasaman buah amra nie..Dulu masa kecik-kecik,aku suka sangat panjat pokok amra nie siap bawak garam atas tapak tangan..Selalu pokok nie tak ada la besar sangat....Tapi pokok jiran aku nie memang tinggi tapi batang dia rapuh la..Kalau salah langkah jer memang jatuh ke bawah la jawabnye...Huhuhu..

      Penah dulu,aku balik jer sekolah,terus amik garam panjat pokok nie..kalau bukan musim buah nie,aku panjat pokok mangga..Memang kalau kat Perlis tak payah sebut la pokok mangga..Setiap bulan pon ada buahnya..
      Buah amra ni kalau kat tempat lain orang panggil dia buah kedondong..Selalu kalau orang mengandung suka la makn buah masam-masam macam buah kedondong atau pon buah amra nie..Sekarang ni da susah nak dapat yang fresh..Kadang-kadang,kalau aku g pasar borong baru leh dapat..Sekilo RM4..Balik rumah bukan ada orang nak makan pon,aku sorang je melantak sampai abis...

      Sekarang nie,aku rasa macam nak makan buah nie..Nak-nak pulak bila aku tatap gambar buah nie lama-lama..Dah terliur da nie..Aiyooo...Masam btol..Tapi rangup..Memang best sangat...




      Hanya Sebiji Epal

      Sebiji epal yang dimakan setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat dan mengurangkan kolesterol dalam badan. Malah sebiji epal setiap hari cukup untuk menjauhkan diri daripada doktor.

      Kajian mengenai khasiat epal dan jusnya disahkan terbukti meningkatkan kesihatan dan fungsi jantung. Jus yang mengandungi phytonutrient boleh melambatkan pengoksidan kolesterol yang tidak baik, iaitu proses pertumbuhan penyakit jantung.

      Serat epal pula membantu proses penghadaman dengan mengeluarkan asid organik sewaktu bertindak balas dengan bakteria dalam usus.

      Kandungan asid butrik juga merupakan sumber makanan sel usus yang dapat membasmi pertumbuhan sel kanser usus.
      Selain itu epal juga kaya dengan serat. Lima gram serat dalam sebiji epal bersamaan dengan 20 peratus serat yang diperlukan oleh manusia dalam diet harian.

      Ia juga berfungsi sebagai pengimbang lemak yang baik, khususnya untuk kanak-kanak yang gemar mengambil makanan segera.

      Malah kajian yang dilakukan oleh saintis British juga membuktikan kunyahan epal mampu mengubati masalah sakit gigi dan selaput tatar yang merosakkan gigi.

      Bukan itu sahaja, di Jepun, penyelidik mendakwa amalan mengupas buah epal dapat mengaktifkan bahagian hadapan otak iaitu bahagian yang mengawal pemikiran logik, imaginasi dan penilaian. - utusan


      Tuesday, June 14, 2011

      Telur Dadar Makcik Kantin

        Dulu masa aku kat Sekolah Teknik Kangar Perlis..Hari-hari aku akan makan kat kantin sekolah tue..Sebabnya telur dadar dia yang tebal giler dan sedap..Sedap sebab aku memang suka makan telur dadar pun..Kalau makan nasik kat umah jer,mesti nak kena ada telur dadar..Huhuhu..
        Dah lama aku mencari dan tercari-cari resepi telur dadar tebal macam kat kantin sekolah tue..Akhirnya dapat jugak aku resepi makcik nie..Memang aku da search kat internet nie..Macam-macam aku taip..Lastly,dapat jugak resepi dan bila aku test wat kat umah..memang tebal dan macam yang aku nak tue..Best-best..
        Bagi penggemar telur dadar macam aku nie,nie aku nak kongsi sama-sama resepinya...



      Bahan-bahan:
      • 6 biji telur 
      • 2 cb hampas kelapa @ kelapa parut
      • 3 cb tepung beras
      • 2 batang daun bawang
      • 2 biji bawang besar ( ikut suka)
      • 2 biji cili besar ( dihiris nipis )
      • 1 st garam
      Cara-cara:
      • Campur semua bahan kat atas tue dan pukul bahan-bahan tue..(jangan sampai berbuih)
      • Panaskan minyak,agak-agak la banyak mana nak letak.
      • Bila da panas,tuangkan telur.Pakai api sederhana jer..Kang hangus plak..
      • Lagi bagus kalo tutup kuali tue..Ingat,api slow jer ok..
      • Alah,macam la xpandai goreng telur..Huhuhuhuhu....
      Nota kaki:Mesti korang tanya kan macam mana nak alihkan kalau telur tue tebal..Sebab tue la pakai api slow dan penutup kuali..Kalau tak nak balikkan boleh jugak siram-siramkan atas telur tue dengan minyak panas..Kalau nak alihkan jugak telur,pandai-pandai la taw..Jangan sampai hancur pulak..Huhuhuhu..

      Kisah Tentang Mat Rempit Yang Insaf


      Nota kaki: Kredit to Okbeb..Hahaha

      Contoh Karangan Hebat!!


      Huuhu..Karangan tunjuk sebab napa xdatang sekolah semalam..huhuhuhu

      Teksi Tunai..Hahaha

        Aku tengah tengok Teksi Tunai kat Astro Ria nie..Bob Lokman yang bawak teksinye..Program nie macam games show la kan..Sape yang bertuah ari tue yang naik teksi Bob Lokman akan menjawab soalan yang diberi..Satu soalan bernilai RM10,RM50 dan RM100..

        Kalau ada yang bertuah dapat jawab semua soalan sehingga sampai ke destinasi memang akan dapat banyak la duit..Paling banyak aku tengok dapat jawab RM1200..Kalau salah jawab sampai 3 kali kena turun kat tepi jalan..Malang la nasib orang yang salah jawab tue..

        Apa yang aku nak cerita kat sini pasal seorang perempuan ni..Memang seksi,melayu of coz la kan..huhuhu..Bob Lokman tanya die,kerja ape..Dia jawab: I pelakon la..hahahahahahaha...Nak autograf ker??Huk!!Bleh macam 2??

        Soalan pertama: Apakah yang dimaksudkan dengan langkah kanan??
        Jawapan pempuan tue: Jawapannye terlambat..
        Bob Lokman: Hahahaa..Salah la...

      Blablabla....Perempuan tua salah jawab lagi dan lagi then kena la turun kat tepi jalan..Itulah die,menunjukkan kebodohan sendiri..Cakap lain kali jangan belagak pandai..

      Okey la..tue je yang aku nak karutkan pasal program Teksi Tunai nie....hihihhi

      Aku Bengang Setiap Ari..

        Bengang!Bengang!Bengang!!!..huhuhu..Bukan sebab apa pun,tapi sebab line tipon kat umah aku nie da macam ape lagi dah..Kalau orang kol aku..MasyaAllah,macam dok kat hutan lipur kat jauh ulu-ulu hutan sana..Dats y la kadang-kadang kalau orang kol aku,susah aku nak jawab....

      Nama je dok kat pusat pentadbiran negara..Tapi menghanginkan je..Kadang-kadang kalo kecemasan ke orang kol aku,kesian sangat la...Tak pasal-pasal aku pulak yang kena marah..Aku tak salah la..Line tipon yang salah...huhuhuhu

      Ketam Masak Lemak Cili Padi Campur Nenas

          Dah lama tak makan ketam masak lemak cili padi campur nenas ni..So,semalam..jalan-jalan kat pasar borong,nampak la ketam..Mahalnye,sekilo RM25..Beli empat ekor RM22..Okey la tue kan dari tak ade..Aku rase,sekarang ni musim ketam kot sebab isi ketam penuh je semua..Hehehe..Nyum-nyum..Laparnye perut nie..

         Ketam Masak Lemak Cili Padi Nenas

        Bahan-bahan:
      • 4 ekor ketam dibelah dua
      • 1 biji nenas dihiris nipis
      • 1 biji bawang besar *
      • 1 batang serai *
      • 10 - 15 biji cili padi*
      • 2 sudu kecil serbuk kunyit
      • 2 cawan pati santan 
      • garam dan ajinomoto secukup rasa
      • Air secukupnya 
      - Bahan bertanda * dikisar halus

      Cara-cara:
      # Mula-mula sekali masukkan bahan kisar,kunyit dan sedikit air,biar sampai mendidih sebentar.
      # Masukkan ketam,santan dan nenas..
      # Kuah mesti dikacau selalu sebab tak nak santan nanti pecah minyak dan jadi berketul-ketul..
      # Pas tue,masukkan la garam dan ajinomoto skit..
      # Suaikan rasa dan siap..Bleh makan dah pas tue..Huhuhu.


      Nota kaki: Selain nenas,belimbing buluh jugak sedap digunakan.. Sesetengah orang akan masukkan asam keping..tapi nenas dan belimbing buluh da masam kan.Kalau tak pakai dua jenis buah tue,bleh la letak asam keping..^_^

      Monday, June 13, 2011

      Resepi Sup Tulang Ayam

          Ehem...Ari ni aku nak kongsi rahsia sup sedap...Ni aku belajar masa aku wat kerja sambilan dengan seorang makcik ni..Dia memang tak kedekut ilmu..Hehehehe..

           Yang ni wajib buat :

      1- Mula-mula sekali,kulit kayu manis + bunga lawang diblende sekali..Sampai btol-btol halus.Asingkan..
      2- Lada hitam mesti juga diblande halus
      3- Bawang putih,bawang besar dan halia diblande tapi bawang putih mesti lebih.

      Cara-caranya:

      1- Tumis bawang dan halia yang diblande bersama-sama kulit kayu manis dan bunga lawang sampai kekuningan.

      2- Masukkan tulang ayam biar sekurang-kurangnya 5-10 minit.Tujuannya untuk mengeringkan air ayam.Air yang keluar dari ayam kadang-kadang membuatkan sup ayam bau hanyir.

      3- Apabila air ayam dah kering,masukkan air sehingga tenggelam tulang-tulang ayam.

      4- Masukkan kentang dan biar sampai semuanya empuk.Aku suka biarkan sup mendidih selama sejam.

      5- Masukkan lada hitam yang sudah diblande bersama-sama garam,ajinomoto atau kiub ayam (jika suka)..Dipasaran sekarang da terdapat lambakan bahan perasa seperti Secukup Rasa..Boleh juga digunakan tetapi sekiranya nak letak Secukup Rasa,nak ingatkan,sup akan terasa sedikit manis..

      6- Masukkan bawang goreng yang banyak dijual kat kedai tue bersama-sama daun sup yang sudah dihiris..

      7- Suaikan rasa lagi sekali dan siap..

      Nota kaki: Resepi nie juga digunakan untuk semua jenis sup..Sup ayam,tulang,daging mahupun apa-apa jer..

      Sunday, June 12, 2011

      Maharaja Lawak Jozan Tetap Dihati


         Setiap Jumaat jam 10.00 malam,belom pernah lagi aku gagal kat depan tv channel 132 semata-mata kerana kamu Jozan...Memang lawak dorang terbaik!!Mula-mula memang aku da curang sket dengan Jozan coz aku terminat kat Jambu..Tapi bila dah lelama,aku tengok lawak Jambu ni da makin ngarut kot..
         Sket-sket lawak yang sama je..Dah la Yus Jambu 2 kasar..Tak suka la aku dengan lawak kasar nie...Apa-apa pun aku arap Jozan merangkul JOHAN MAHARAJA LAWAK..Sebab diorang memang layak..Maafkan aku wat peminat Jambu..Sebab Jambu xbest...Im Sorry..!! ^_^
        Sebelum tue,aku nak bagitau,minggu ke 11 memang lawak Jozan yang terbaik antara yang baik..Gud job Jozan... ^_^

        


      Ice Skating

       Jeng jeng jeng...Da lama dah sebenarnya gambar yang nak dipaparkan nie..Tapi da tak ada apa yang nak aku post,aku terus menaip dan sama-sama berkongsi gambar..Okey..
          Sebenarnya aku sangat la tak pandai nak main benda alah ni..Satu ari,kawan terbaik aku ni ajak pegi main ice skating kat Sunway..Wah,memang xcited sangat nak main..Sampai sana,kami pom bersemangat nak main..hahahaha...Aku memang semangat sangat nie..Masuk je dalam tue,aku da gedebuk jatuh kat atas ais..Mak aiii..Susahnye..Huhuhuhu...Kawan aku si Has ni try da nak angkat aku,malangnya,memang gagal la..da la aku gemuk..Kakakakaka..Nasib baik la ada orang lain tolong..Last-last aku kuar awal,biokan Has main sorang-sorang..Hehehehe...

      Pic kat bawah ni sebelum kami main Skating...^_^
       
      me n has
       Pas tue,aku biarkan dia main sowang-sowang,aku dok luar je..Hahahaha..Sowie Has,seluar aku da basah la masa nie...Kat bontot plak 2..huhuhuhu..

      Snap pic Has dari belakang..Kekeke
      Lepas penat main..Kakakaka..(Aku tak penat langsung..sebab duduk je tengok beliau main..)..Kami g karoke pulak..Suara aku memang hancur..3 jam 2 karoke...penat suara mak nak oii....
       
      Nie kalo Siti NurHaliza dengar mau dia nangis..hahaha
      Okey..Last bila da menyanyi dengan gumbiranya kami pom balik...Snap-snap pic kat umah aku plak.Pas tue,makan n tidur..Nyiow...
      Peace!!
       Kalau ada masa,nak je aku jadi hebat siap menari-nari penuh gaya kat situ nanti..Lalalalalalaalla..Angan-anganku.. ^_^

      Setahun Sudah Aku Kawen..

      Hipp...Alhamdulillah..sepanjang tempoh setahun ni macam-mcam dugaan aku tempuhi..walau banyak pon rintangan,berjaya kami lalui bersama-sama..Hehehe..Untuk Mengenang kisah kami,nak aku kongsikan sama-sama gambar perkahwinan kami yang tak seberapa ni...Lalalalala..

      Saksikan jom...


      wif member politeknik merlimau..love u all..muax2
      wif member sekolah men.keb.syed alwi..fata n sheera..yg tgh,adik aku..
       Banyak lagi kalau nak upload ni..Tapi kalau sekadar nak tenung-tenung kenangan silam nie...cukup la...hahaha..Silam sangat ke..Baru je setahun kan kan..Masih muda gitu..Ok,Selamat beramal semua...=)

      Monday, May 23, 2011

      Nasik Ganja Yang Kaler Kuning

          Hahahaha....Nasik ganja ni kalau aku balik Perlis memang berpuluh bungkus aku tapaw bawak balik rumah....Gila Kau,memang sedap nie..Tapi kalau aku makan banyak aku muntah balik la ni..Bukan apa,bila makan banyak-banyak rasa melugai (loya) la pulak...Nasik yang aku selalu tapaw tue dekat Repoh jalan nak pergi ke Arau..Sebelah kanan kalau dari Kangar..Orang memang tak penah la tak ramai...Kat sini boleh tapaw ja,tak ada tempat nak makan kat situ..Aku start makan nasik ni bila ex-bf aku suka sangat bawak aku makan kat ini...Maybe pasal murah kot..Ye la kan,dulu budak sekolah,duit pom tak banyak..Masa dulu rm2 ja..La ni da mahai skit..rm3-4.50..Ikut saiz ayam...Nasik dia banyak kaler kuning-kuning pekat gitu..campur dengan kuah kari skit da makan..Perghhhh...Lupa kat mentua sat kalau makan nie...


          Dengar-dengar ceritanya,macam mana boleh dapat nasik ganja ni sebab bila makan jer ketagih.Pas tue mesti nak makan lagi dan lagi dan lagi..Haaa,kan ketagih tue..Masa dok asrama dulu pon memang tiap kali outing,makan yang ni jer...Sedapnyer..Apa-apa pon,aku tabik spring la kat macik yang menjual nasik ni,sebab kesedapan dia xberubah walaupun da lama dia berniaga....Mantop macik nasik dan ayam tue...hehehehe.

      Yang Sedap Itu Laksa...

          Aku memang suka sangat berjalan-jalan cari makanan yang sedap kat KL nie...Salah satu feveret food aku,LAKSA...Memang hantu betul dengan makanan nie..Orang kata,obses..Hehehhe..Maybe juga sebab aku nie orang utara..yang sememangnya kita semua tau suka sangat makan laksa dan bihun sup..

         Nie kajian aku sendiri la...Sebab,aku tengok family aku,kawan-kawan,saudara mara yang memang orang utara nie,suka sangat makan laksa dan bihun sup...Okey,kat sini aku nak kongsi laksa-laksa sedap yang penah aku makan..

      Bermula dari laksa Kuala Perlis..Yang menggunakan laksa beras sebagai item utama,ulam-ulaman yang terdiri dari timun yang disagat halus,daun selom,cili padi,bawang dan telur..Paling penting dan special kuah laksa yang pekat dan memang lain dari yang lain..Walaupon aku orang Kuala Perlis,sampai sekarang pon aku tataw macam na nak wat kuah laksa kuala nie..Yang aku pakar,Laksa Penang...huhuhuhu..

         Cerita bab laksa nie,paling femes sekali Laksa KakSu,yang terletak bersebelahan dengan Hafifah Frozen..Laksa Kaksu ni memang sedap,dia jual ikut kilo kalau nak bungkus..kuah pekat rm9..kalau kuah cair rm7..Tapi aku suka beli yang kuah pekat..kalau cair sangat pon tak sedap..

      Laksa Beras Kak Su
        Satu lagi laksa penang yang sedap pernah aku makan,dekat Balik Pulau Penang..Laksa dia nie memang kaw sangat..Secukup rasa dan memang yang terbaik penah aku makan kat Penang nie..Nama kedai nie Laksa Janggus..Memang masuk perkampungan sikit,tapi disebabkan kesedapannya,memang ramai la orang..

      Semangkuk rm3 dan sistem layan diri...

        Tak ada orang nak serve-serve ye..Laksa nie bukan letak pucuk janggus pon,letak salad,timun,cili besar,bawang dan telur..Kuah die standard laksa penang lahkan...Sedap sungguh..Nyum-nyum...Boleh try kalau sesiapa yang hantu laksa tue..Mesti termimpi-mimpi..Sedap..!!

      Laksa Janggus
         Okey seterusnya kita ke KL pulak..Kalau kat KL,memang kat sini la tempat aku singgah kalau teringin nak makan laksa..Memang sedap,dulu penah bapak sedara hasben aku bawak datang gerai makcik nie..Area bangi,tapi masa tue aku baru lepas makan..Jadi tak ada la aku order laksa nie..

        Bapak sedara tue aku panggil Busu..Busu order satu mangkuk...Sampai je laksa tue,mak aiiii....Aroma dia wat aku tak tahan,kenyang pon kenyang la..Aku pon order semangkuk..Haish!!!Sedapnye rasa laksa nie..Memang terbaik la..

      Bukan senang nak cari laksa yang sedap kat KL nie,kalau ada pon manis sangat la..Macam-macam..Gerai makcik ni nama Teduhan Rimba..Entah la..Tak pasti,esok-esok aku check balik nama tempat tue untuk korang okey..Tapi bagi sape-sape nak try,aku memang syorkan tempat nie..gerai tepi jalan,yang dipenuhi dengan deretan kereta...

         Ada masa,aku upload gambar dia kat sini ok..Bukan gambar macik tue,tapi gambar laksa dan lokasi...Hehehehe..

      Sup Meletup..sup Berdengung..Ani Sup Utara dan Bihun Sup Pak Dan

      Bihun Sup Meletup

          Haish..memang tak payah la aku citer pasal sup nie..Memang sedap sangat..Bagi aku la kan...Sebab aku memang suka sangat makan sup nie..Aku suka sup meletup ni sebab dia punya cili warna merah..Kalo cili kicap tue sememangnya aku kureng skit...

         Dulu aku tinggal kat Desa Tasik..Jadi,ari-ari aku makan sup meletup ni...petang dan malam...Memang hantu sup la aku nie..Nak pulak daging dia lembut dan empuk...Aku kalo order sup meletup nie,aku mesti akan order bihun sup ayam + daging..Kadang-kadang jer order ayam + perut lembu..Harga rm5.50..Kenyang la sebab benda berkuah kan memang cepat kenyang..Hehehhe...

         Hari tue,jalan-jalan kat Sungai Chua,nampak banner Sup Meletup..tunggu apa lagi,terus aku ajak hasben aku singgah makan..Mula-mula aku makan,haish!!!Orang ni masak tak rase dulu ke ape??Masinnye Ya Allah...Itu la pertama kali aku makan sup meletup tak abis..Lain sangat rasanya dari yang kat Sungai Besi tue..Kat situ jugak yang terbaik..Tiada tandingannye...huhuhu...Tapi nasik ayam dia sedap la yang kat Sungai Chua tue..same je rasa..

      Bihun Sup Berdengung Nilai 3

         Ada la kawan aku ajak makan Sup Berdengung kat Nilai 3..Dia kata sup tue lagi sedap dari Sup Meletup..Aku pon g la Nilai 3 semata-mata nak makan bihun sup berdengung...Not bad la rasa die..Tp dah dia punya cili pakai cili kicap,memang aku tak leh g laju la makan...Sesiapa yang suka makan Bihun sup cili kicap,boleh try kat Food Court Nilai 3 tue yea...Huhuhu..

      Set Nasik Ani Sup Utara

         Lagi sup sedap??Ani Sup Utara...memang sedap..yang tue tak dinafikan la..Nak-nak pulak kalau order nasi putih dengan sup daging die..Sampai stu set la dengan sambal belacan.timun dan telur masin..Sedap sampai order nasik tambah...Huhuhuhu..Aku bagi 5 bintang untuk sup die..

      Bihun Sup Pak Dan Simpang Empat Perlis

         Kalau kat Perlis,memang top dengan Bihun Sup Pak Dan kat Simpang Empat..Kelainan??bihun sup dia ada letak kentang hiris nipis...Sedap jugak sup dia..Tapi maybe aku da penah makan sup yang lagi sedap,aku rasa sup Pak Dan ni biasa-biasa saja...Tapi terpulang la pada individu..Setiap orang kan rasa lain-lain...Tapi bagi aku,bihun sup dia adalah yang terbaik kat Perlis...

      Aku Gila TomYam Thai


          Sedap dan sentiasa terliur kalau aku tengok dan teringat keenakan tomyam Thai ni...Ruginya sesiapa yang tak makan tomyam nie..Hilang nikmat dunia..huhuhuhu..Okey nie resepi yang aku amik darik TokSu aku yang tinggal kat Saturn Thailand..Dah try n memang menjadi..Tak percaya,try tengok..

      Bahan-bahan:
      • Semangkuk air
      • 6 ekor udang
      • 2 cb Pes Tomyam Thai (aku tak ingat jenama ape tapi penutup botol kaler biru)
      • 2 cb sos ikan Thai
      • 1 cb jus lemon (yang dijual dalam botol)
      • 1 batang serai ( dipotong serong)
      • 2 inci lengkuas (hiris nipis)
      • 4 helai daun limau purut
      • 3 biji cili padi (ketuk)
      • 2 biji tomato(potong ikut suka)
      • 1 biji bawang besar (potong bulat)
      • 10 batang cendawan
      • 2 helai daun ketumbar (mayang halus)
      • ajinomoto (ikut suka nak letak ke tak)
      Cara-cara:
      • Didihkan air sehingga menggelegak, masukkan serai,lengkuas,daun limau purut,bawang besar,pes tomyam.Biarkan 1 minit...
      • Pas tue masukkan sos ikan,jus limau dan tomato..Biarkan 1 minit lagi..
      • Masukkan cendawan,cili padi dan udang..
      • Biarkan 1 minit lagi suaikan rasa..Kalau nak lagi sedap,pakai ajinomoto,sebijik rasa macam kat kedai...
      • Bila da sedap,taburkan daun ketumbar..Siap..
      p/s: Selalu tomyam yang sedap kat kedai tue memang pakai ajinomoto yang banyak..Garam memang tak payah letak sebab bahan-bahan kat atas tue memnag da ada rasa masin macam sos ikan tue..

      Aku pon kalau masak kat umah memang wat semangkuk jer sebab kalau masak seperiuk,rasa dah lari..tataw la nape..


      Tapi kalau nak cari tomyam sedap area Kuala Lumpur ni,tempat yang akan aku suggest ialah Restoran Q Thai yang sekarang nie da banyak cawangan..Cheras,Cyberjaya n mana lagi ya..??
       Sebabnye sememangnya sedap..If kawan-kawan nak makan tomyam kat sana,silalah bawak duit banyak2 ye..Sebab,harganya agak mahal bagi golongan sederhana macam aku nie...

      Selain dari restoran tue,ada satu lagi restoran yang sedap dan sangat-sangat berpuas hati kalau kita makan kat situ..Restoran nie tak besar tp sederhana saja tapi sangat selesa..Namanya Restoran Krathong,terletak di Desa Tasik Bandar Tasik Selatan..Memang sedap sangat....Aku bagi 5 bintang..Terbaik tue..

          Kalau aku balik Perlis,memang aku akan makan tomyam kat sana,mesti pegi Padang Besar...Sedap sangat tomyam udang galah dia..Tak tau nak cakap yang mana satu sedap sebab semua gerai kat sana sedap-sedap belaka...Selalu kalau ikut citarasa adik aku,dia suka makan kat depan Balai Bomba Padang Besar..Tapi bagi aku,biasa-biasa saja kat situ..Nak lagi sedap,siap pasport la g makan kat Thailand..Hhehehehe...Kompom puas ati..Tapi yang penting,HALAL ok...