welcome to my world

Wednesday, June 22, 2011

Myvi Elegance Look Like.. ^_^

Myvi Elegance..
Nak kongsi serba sedikit la pasal Myvi baru nie..Huhuhu...

pandangan sisi





  • Kesemua model terbaru Myvi 2011 dilengkapi enjin 1.3 liter, di mana enjin 1.0 liter telah digugurkan dari senarai.
  • Perodua Myvi Elegance merupakan varian dengan spesifikasi paling tinggi berbanding dua varian lain iaitu Premium dan Standard. 
  •  Ukur panjang Myvi baru ini 3765mm, lebar 1665mm dan tinggi 1545mm..
  • Jarak titik rodanya pula sepanjang 2440mm.
  • Berat kering (kerb weight) Myvi Elegance bagi versi SXE (manual) ialah 975kg manakala versi EZE (automatik) ialah 985kg, perbezaan sebanyak 10kg.
  • Antara yang terbaru pada Myvi Elegance ini merupakan pemasangan lapisan penebat haba (tinted film) untuk semua cermin. Menurut Perodua, ianya memberikan perlindungan dari sinar Infra Red, Visible Light (VL) dan Ultra Violet (UV) dengan berkesan, di samping memberikan lebih perlindungan dan suasana di dalam kabin lebih nyaman.
  •  Antara ciri-ciri lain di bahagian luaran Perodua Myvi Elegance seperti pemegang pintu di bahagian luar dengan warna krom, spoiler belakang bergaya, kombinasi lampu belakang menarik dengan rekaan baru, skirting depan, tepi dan belakang, ‘side door moulding’ di sisi pintu..
  • tiang pillar diwarnakan hitam untuk gaya lebih sporty. Tidak dilupakan rim aloi bersaiz 14 inci disaluti tayar dari siri 175/65 R14.
HARGA PERODUA MYVI ELEGANCE

1) Perodua Myvi Elegance SXE (M) Solid – RM53,900.00
2) Perodua Myvi Elegance SXE (M) Metalik – RM54,400.00
3) Perodua Myvi Elegance EZE (A) Solid – RM56,900.00
4) Perodua Myvi Elegance EZE (A) Metalik – RM57,400.00

tunggu apa lagi..tempah la sekarang...wuhuhuhuhu..

nota kaki:kalau aku,aku cari keta yang bonet luas..senang nak angkut barang balik kampung..

    No comments:

    Post a Comment