welcome to my world

Monday, June 13, 2011

Resepi Sup Tulang Ayam

    Ehem...Ari ni aku nak kongsi rahsia sup sedap...Ni aku belajar masa aku wat kerja sambilan dengan seorang makcik ni..Dia memang tak kedekut ilmu..Hehehehe..

     Yang ni wajib buat :

1- Mula-mula sekali,kulit kayu manis + bunga lawang diblende sekali..Sampai btol-btol halus.Asingkan..
2- Lada hitam mesti juga diblande halus
3- Bawang putih,bawang besar dan halia diblande tapi bawang putih mesti lebih.

Cara-caranya:

1- Tumis bawang dan halia yang diblande bersama-sama kulit kayu manis dan bunga lawang sampai kekuningan.

2- Masukkan tulang ayam biar sekurang-kurangnya 5-10 minit.Tujuannya untuk mengeringkan air ayam.Air yang keluar dari ayam kadang-kadang membuatkan sup ayam bau hanyir.

3- Apabila air ayam dah kering,masukkan air sehingga tenggelam tulang-tulang ayam.

4- Masukkan kentang dan biar sampai semuanya empuk.Aku suka biarkan sup mendidih selama sejam.

5- Masukkan lada hitam yang sudah diblande bersama-sama garam,ajinomoto atau kiub ayam (jika suka)..Dipasaran sekarang da terdapat lambakan bahan perasa seperti Secukup Rasa..Boleh juga digunakan tetapi sekiranya nak letak Secukup Rasa,nak ingatkan,sup akan terasa sedikit manis..

6- Masukkan bawang goreng yang banyak dijual kat kedai tue bersama-sama daun sup yang sudah dihiris..

7- Suaikan rasa lagi sekali dan siap..

Nota kaki: Resepi nie juga digunakan untuk semua jenis sup..Sup ayam,tulang,daging mahupun apa-apa jer..

No comments:

Post a Comment