welcome to my world

Thursday, June 23, 2011

Mempelam Harum Manis

Okesss u ollzz..hahaha..Sape yang tak pernah makan dan merasai kelazatan,kemanisan dan keharuman buah mempelam harum manis nie,memang la tersangat rugi...Harum manis nie cuma ditanam kat negeri kelahiran aku jer..Perlis Indera Kayangan!!!
 
Abah aku ada tanam sebatang pokok harum manis nie..Balik kampung bulan 5 ari tue,mak aihhhhh!!!!!!!!Berbuah lebatnya sampai aku tataw mana satu daun,mana satu buah...hahahaha (kecoh jer kan..lalalalala)...Buah dia yang besar-besar memang mengghairahkan aku..Nak pulak bila aku kupas kulit dia..Perghhh..manisnye bau..Huhuhu..Nak makan tak boleh,sebab abah lupa balut..Dah buruk isi dia..Huhuhu

harum manis muda


Balik ke Putrajaya,suami aku bawak balik sekotak buah harum manis..Orang bagi...Dalam tue ada 9 biji harum manis..Tapi besar-besar..Aku kupas sebijik,dah la ranum bertambah-tambah la kuar haruman manisnye...Aummmm!!tak sabarnye nak masukkan lam mulut...Then,perlahan-lahan,aku masukkan hirisan buah dalam mulut aku..(supaya tak nampak rakus,padahal memang aku aummm sekali jer.hohohoho...)Pas tue mata aku dah berair,SEDAPNYE!!!dah lama tak makan...bila dapat makan yang sedap...nangis la wehhhh..sedap sangat...



Buah harum manis nie cuma setahun sekali jer berbuah..Harga sekilo RM 9-15..Bergantung pada size buah..Kadang-kadang dua biji dah sampai sekilo..Kalau kat Jepun,buah ni rm35 sekilo..Nasib baik kita dok Malaysia..Ahahahaa..Statement bangang la plak..Huhuhu

Selalunya orang Perlis makan buah nie dengan pulut..Sedap la..Aku cakap kat En.Hasben,try makan dengan pulut..Tapi dia tak nak sebab tak penah makan..Rugi-rugi...Sedap taw..


Wednesday, June 22, 2011

Kisah Salah Faham

Pernah tak korang nak barang tapi pekedai tue salah faham dengan apa yang korang nak??Hehehe..Aku ada cite lucu (bagi aku lar..hoh!!) yang pernah terjadi..Bulan lepas,aku balik kampung kat Kuala Perlis..Abah aku nak makan laksa ( tak abis-abis cita pasal laksa ),jadi aku,adik dan jugak kakak aku pegi la pasar nak membeli bahan-bahan wat laksa..

Siap cari bahan-bahan basah,kami ke kedai sebelah nak cari laksa kering pulak..Nie dialog apa yang terjadi..

Aku                : Assalamualaikum makcik..laksa ada??

Makcik Kedai : Waalaikumsalam..ada!nak berapa?

Aku                : Makcik,laksa halus ada??

Makcik Kedai : Ada..yang besaq ada yang halus ada..

Sambil bercakap tue makcik tue amik bagi sebungkus laksa kecik dan sebungkus laksa besar kat tangan aku..
Makcik Kedai : Anak nak yang mana??

Aku                : Saya nak dua-dua ya makcik..

Makcik tue pun dengan cepat amik lagi satu laksa halus dan laksa besar
Aku                : Eh makcik,awat makcik bagi saya lagi dua nie??Nie saya da amik ni..

Makcik Kedai : Laaaa..tadikan anak kata nak dua-dua..Makcik amik la lagi dua..

Aku                : Makcik,maksud saya...Satu laksa halus dan satu laksa besar..

Makcik Kedai : Owh..bukan anak nak dua laksa halus dan dua laksa besar??

Aku                : Kalau macam tue dah jadi empat dah makcik..

Makcik Kedai : Isy...anak nie asal mana??

Aku                : Asal orang sini la..awat??

Makcik Kedai : Saja tanya..

Balik tue,aku tanya abah aku persoalan yang bermain-main difikiran aku..Then abah aku cakap,aku dan makcik tue dua-dua tak salah..cuma salah faham jer..Ye la..Lain orang lain pemahamannya..Huhuhuhu
Nasib baik la makcik tue tak mengamuk..


Cinta Lama Haruskah Diingati @ Biarkan Mati??

“Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur”
- Saidina Umar Ibnul Khattab – 



Bagi aku,setiap orang ada tafsiran masing-masing pasal cinta..Tapi kalau boleh,biarla cinta lama terus dilupakan..Jangan diingat-ingat..Kalau kita ingat,hati kita sendiri yang akan terluka..Sebab bila kita asyik ingat kenangan lama,secara tak langsung,kenangan lama kita pon akan terusik..

Andai kata kita ada kehidupan baru,dengan boyfriend baru,tunang atau suami/isteri,sanggup ke kita lukakan hati dan perasaan diorang semata-mata kerana melayan perkara yang lepas?? 

Bagi yang dah berkahwin,tingkah laku kita sebagai suami/isteri boleh dihidu dan dirasai oleh diaorang..Sebabnya??Aku pon susah nak cakap benda-benda macam nie,tapi bagi orang yang berkahwin,atau pon dah lama bercinta,dorang dapat rasakan perubahan pada pasangan dorang...



Dari aku,jangan dikenang perkara yang lepas..Biarkan ianya berlalu..Cinta yang lepas,biarkan lepas.. 

Myvi Elegance Look Like.. ^_^

Myvi Elegance..
Nak kongsi serba sedikit la pasal Myvi baru nie..Huhuhu...

pandangan sisi





  • Kesemua model terbaru Myvi 2011 dilengkapi enjin 1.3 liter, di mana enjin 1.0 liter telah digugurkan dari senarai.
  • Perodua Myvi Elegance merupakan varian dengan spesifikasi paling tinggi berbanding dua varian lain iaitu Premium dan Standard. 
  •  Ukur panjang Myvi baru ini 3765mm, lebar 1665mm dan tinggi 1545mm..
  • Jarak titik rodanya pula sepanjang 2440mm.
  • Berat kering (kerb weight) Myvi Elegance bagi versi SXE (manual) ialah 975kg manakala versi EZE (automatik) ialah 985kg, perbezaan sebanyak 10kg.
  • Antara yang terbaru pada Myvi Elegance ini merupakan pemasangan lapisan penebat haba (tinted film) untuk semua cermin. Menurut Perodua, ianya memberikan perlindungan dari sinar Infra Red, Visible Light (VL) dan Ultra Violet (UV) dengan berkesan, di samping memberikan lebih perlindungan dan suasana di dalam kabin lebih nyaman.
  •  Antara ciri-ciri lain di bahagian luaran Perodua Myvi Elegance seperti pemegang pintu di bahagian luar dengan warna krom, spoiler belakang bergaya, kombinasi lampu belakang menarik dengan rekaan baru, skirting depan, tepi dan belakang, ‘side door moulding’ di sisi pintu..
  • tiang pillar diwarnakan hitam untuk gaya lebih sporty. Tidak dilupakan rim aloi bersaiz 14 inci disaluti tayar dari siri 175/65 R14.
HARGA PERODUA MYVI ELEGANCE

1) Perodua Myvi Elegance SXE (M) Solid – RM53,900.00
2) Perodua Myvi Elegance SXE (M) Metalik – RM54,400.00
3) Perodua Myvi Elegance EZE (A) Solid – RM56,900.00
4) Perodua Myvi Elegance EZE (A) Metalik – RM57,400.00

tunggu apa lagi..tempah la sekarang...wuhuhuhuhu..

nota kaki:kalau aku,aku cari keta yang bonet luas..senang nak angkut barang balik kampung..

    Roti Canai Sedap Sungai Besi

    Masa aku demam minggu lepas,tekak aku nie nak sangat makan roti canai..Aku mintak En.Hasben belikan roti canai dekat Putrajaya di Ali Bistro..Sebab first time aku makan,rasa dia sedap walaupon tak sedap sangat..Hohohoho..Then bila En.Hasben bawak balik,memang aku ludah balik..Rasa kuah yang  terlalu manis..Macam cicah air gula pulak..Huhuhuhu..Potong selera mak nak oiii!!

    Pas tue,aku mesej adik aku,cakap nak makan roti canai sedap..Pas tue adik aku cakap,''hah...Yang kat Pasar Sungai Besi tue sedap..Yang dulu ang penah beli kat kami tue.." Yess..baru aku teringat,last aku makan taun 2008..3 tahun tue aku tak makan..mintak-mintak la still ada lagi roti canai tue..

    Pagi-pagi lagi aku dah pegi ngan En.Hasben..Masuk je pasar,terus pegi kat tempat roti canai tue,aku pesan 10 keping roti canai..5 keping untuk aku dan 5 keping untuk abang dan adik aku..Huhuhuhu..
    Rasa dia memang yang terbaik setakat nie..


    Harga dia pulak dah naik 20 sen...Dulu 60 sen skarang dah jadi 90 sen..wuhuhuhuhu...

    Kat KL nie,memang situ jer paling sedap..Kena la dengan selera aku..Bukan jer roti dia lembut,kuah pon memang sedap dan terbaik..Yang penting,orang yang uli dan tebar tue Melayu..Hohohoho..Susah nak cari orang melayu yang pandai wat roti canai sedap..



    Kalau sesiapa yang nak makan roti canai sedap,kat situ la aku syorkan..kalau pegi lambat,beratur la jawabnye...Dulu aku penah pegi lambat,kena tunggu sampai setengah jam..Bayangkan la..Huhuhu..

    Cari kat sini eyh..
    Dalam Pasar Besar
    Pasar Besar Pekan Sungai Besi
    57000 Sungai Besi..
    Kuala Lumpur..

    Nasik Ayam Claypot..

    Tetiba rasa tingin nak makan nie..Nasik Ayam Claypot..Cari-cari resepi kat internet yang serba canggih nie,aku terjumpa resepi nasik ayam claypot yang dipercayai sedap untuk orang-orang yang tingin nak makan nie dan nak mencuba untuk masak kat umah...

    Nie aku kongsikan bersama-sama okey..
     Bahan-bahan:
    • 1 cawan beras
    • 1 1/2 air rebusan ayam
    • 500gm ayam (potong kecik jer)
    • 1 sudu besar lada hitam (tumbuk)
    • 1 sudu besar kicap pekat
    • 5 atau lebih kuntum cendawan butang- (rendam hingga kembang dgn air panas)
    • 2 sudu besar sos tiram
    • 1 sudu besar kicap pekat manis
    •  Minyak untuk menumis & 1 sudu besar tepung jagung (bancuh dgn sedikit air )
    • 2cm halia & 2 ulas garlic (tumbuk)
    • Sedikit hirisan daun sup & daun bawang, bawang goreng 
    • sedikit minyak bijan 
    Cara-cara:

    Untuk ayam
    1. Perap ayam dengan bawang putih, halia, kicap pekat & manis, sos tiram, lada hitam dan cendawan.
    2. Panaskan minyak dan tumis ayam yg diperap hingga masak dan tuang air bancuhan tepung jagung.
    3. Setelah pekat, perisakan dengan garam, ketepikan. 
    Untuk Nasi
    1. Panaskan claypot 
    2. Masukkan beras dan air rebusan ayam, biarkan nasi masak. 
    3. Pastu perlahan kan api dan tuangkan ayam tadi kat atas nasi dan taburkan smua daun, bawang goreng dan percikkan minyak bijan.. 


    Tuesday, June 21, 2011

    Sekinchan Ikan Bakar

    Hoho..Ari tue g makan kat sekinchan ikan bakar kat kajang tue...masa tue g makan masa tengahari..ramainye orang yang makan kat situ..well dah tingin sangat nak makan ikan bakar.kami pon g konon nak try la jugak makanan kat sekinchan ikan bakar tue..

    Menu yang kami pilih:
    2 pinggan nasi putih
    Sekor ikan talapia bakar (besar tapak tangan laki aku)
    Kerang
    2 gelas teh o ais limau
    Menu yg diorder tue,smpai sekali dengan 3 jenis sambal belacan dan sepinggan ulam-ulaman..

    Dalam 25 minit pas tue,menu yang kami order pon sampai..Memang nampak sedap sangat,makan punya makan,time bayar..Hasben aku bagi resit dan bila aku tengok total semua sekali rm54..Perghhh..memang la aku terkejut tengok...

     Kerang rm5 segram..yang pasti aku bayar harga kerang rm22
    Ikan talapia bakar rm28..yang lain tue harga air la kot...Ape yang mahal sangat??

    rasa macam tak berbaloi,aku g tanya cashier tue,kat sini harga talapia rm5 segram.tapi nape bila bayar caj rm7 segram??
    Pas tue mamat tue cakap,memang harga dia rm7 segram same dengan harga ikan kerapu...Haish..malas la aku nak bertekak..TALAPIA sama harga KERAPU??? 

    Coish...menipu jer..Tak pelah..disebabkan aku dah makan n nanti jadi darah daging aku,aku pon redha..Tapi memang tue la pertama n terakhir aku makan kat sana...